Advertisement

Kerajaan tidak mungkin melaksanakan sekatan ketika musim perayaan ketika ini walaupun menjangkakan peningkatan jangkitan Covid-19 termasuk penularan varian Omicron dalam bulan ini dan Februari.

Advertisement

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin, susulan pengambilan vaksin lengkap dan dos penggalak, perkembangan positif terhadap penularan dapat dilihat pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Advertisement

Katanya, peningkatan dalam kes harian pada hari ini tidak boleh dijadikan pengukur untuk menyekat pergerakan seperti tahun lalu memandangkan kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) masih terkawal.

“Takkanlah, kita hendak kuatkuasakan SOP yang sama seperti tahun lalu. Tetapi ada beberapa perkara yang kita rasakan berisiko tinggi seperti kavadi, mungkin tahun hadapan boleh lakukannya, peringkat demi peringkat.

Advertisement

“Untuk Tahun Baharu Cina, dahulu rentas negeri untuk makan besar bersama keluarga kita tak benarkan, jadi tahun ini kita kata you can go, hendak buat majlis kecil-kecilan tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Inisiatif Mengakhiri AIDS Melalui Kerjasama Pintar Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (GO-NGO) Model Klinik Kesihatan (KK) 2.0 Peringkat Kebangsaan di Klinik Kesihatan Pandamaran di sini hari ini.

 

Tambah Khairy, bagi sambutan Thaipusam pada Selasa ini, kerajaan menerusi Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Saddique sudah pun memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) selepas mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk pengurusan kuil di Batu Caves, Selangor.

Advertisement

 

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Rembau itu turut menolak dakwaan varian Omicron boleh membantu meningkatkan kadar imuniti kelompok sekiranya seseorang individu itu dijangkiti.

 

Sebalikya beliau menjelaskan, mesej Kementerian Kesihatan jelas menyeru seluruh rakyat dan penduduk di negara ini mendapatkan dos penggalak sebagai langkah pencegahan jangkitan Covid-19.

Advertisement

 

“Kita tahu mungkin Omicron kurang mudarat, Alhamdulillah. Tetapi tidak bermaksud semua orang patut dapat (dijangkiti) Omicron. Nasihat kementerian masih lagi untuk dapatkan dos penggalak.

 

“Tidak ada mana-mana pendekatan kesihatan awam yang nyata menyebut biarkan Omicron menjangkiti masyarakat. Memang jangkitan penyakit boleh tingkatkan daya ketahanan atau imuniti, tetapi jangan jadikan ia sebagai sandaran dalam konflik (keengganan mengambil vaksin),” jelasnya.

Tegas beliau, terlalu berisiko untuk membiarkan diri dijangkiti varian Omicron berikutan kesan sampingan dan jangka panjang akibat jangkitan Covid-19 masih belum diketahui.

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.