BERITA TERKINI: Muhyiddin Sahkan BERSATU Terpaksa ‘Langgar’ Kawasan UMNO PRU-15 Nanti

 BERITA TERKINI: Muhyiddin Sahkan BERSATU Terpaksa ‘Langgar’ Kawasan UMNO PRU-15 Nanti
Advertisement

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menegaskan parti itu akan menentang “mereka yang bukan sebahagian daripada kita” pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Advertisement

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Bersatu bersedia menerima sebarang keputusan mengenai hala tuju kerjasama dengan Umno, namun pada masa sama mengambil pendirian berprinsip.

Advertisement

“Bersatu akan terus memberi kerjasama yang baik dengan mana-mana parti yang sealiran demi rakyat di negara ini.

“Sekiranya mereka adalah sebahagian daripada kita, kita akan bekerjasama. Jika mereka bukan sebahagian daripada kita, kita menentang mereka dalam pilihan raya,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Muhyiddin berkata, hala tuju hubungan Bersatu dengan Umno masih samar.

Advertisement

“Hubungan kita dengan parti-parti lain seperti Umno dalam kerajaan sekarang memang ada di peringkat nasional dan negeri, cuma kita kurang jelas hala tuju ke depan sama ada Umno akan terus bersama begini atau ada pilihan tersendiri, itu bukan hak saya untuk tentukan,” beliau dipetik berkata oleh Utusan Malaysia.

“Setakat ini apa yang kita yakin, kita akan terus berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan. Adalah sukar untuk saya ramalkan perkara apa yang akan berlaku,” katanya.

Advertisement

Akar umbi dan pemimpin Bersatu menyalahkan kalangan pemimpin Umno di sebalik kempen “kerajaan gagal” sehingga memaksa Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri bulan lalu.

Sebelum itu, Umno turut meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan Bersatu dalam menghadapi PRU15.

Hubungan rapuh antara Bersatu dan Umno itu memberi tamparan kepada PAS yang mahu menubuhkan pakatan parti Melayu untuk menghadapi Pakatan Harapan pada PRU15.

Muhyiddin yakin PAS akan terus mengukuhkan hubungan kerjasama dengan Bersatu menerusi PN.

Advertisement

PAS adalah parti komponen PN dan terlibat secara aktif dalam gabungan itu, menurut Muhyiddin yang juga pengerusi gabungan itu.

“Pada waktu permulaan pendaftaran PN, PAS adalah penajanya dan bersama-sama dalam PN sejak ia ditubuhkan, kemudian barulah parti lain menyertainya,” kata Muhyiddin.

“Sehingga hari ini, saya lihat dalam semua mesyuarat yang kita adakan, presidennya dan semua wakilnya termasuk di peringkat pusat serta pucuk pimpinan PAS datang bersama, berbincang banyak perkara hal berkaitan kerajaan dalam gabungan parti PN,” katanya.

Sumber – FMT

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *