BERITA TERKINI: METMalaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Signifikan Bagi 6 Negeri, Berpotensi Hasilkan Hujan Berterusan Sehingga 27 Nov

 BERITA TERKINI: METMalaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Signifikan Bagi 6 Negeri, Berpotensi Hasilkan Hujan Berterusan Sehingga 27 Nov
Advertisement

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bagi beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia yang melibatkan 21 hingga 27 November 2021.

Menurut Met Malaysia, sistem cuaca tekanan rendah dijangkakan berada di timur laut semenanjung ini dan pada masa yang sama akan berlaku luruan monsun dalam tempoh sepanjang ramalan.

Advertisement
Advertisement

Keadaan ini berpotensi untuk menghasilkan keadaan cuaca hujan secara berterusan yang berkemungkinan boleh mengakibatkan keadaan banjir terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Hulu Perak.

Advertisement

Oleh itu, orang ramai khususnya yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan berwaspada.

Advertisement

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ikuti akaun Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia atau di laman web http://met.gov.my.

 

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *