Advertisement
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangguhkan pemberian dos ketiga (penggalak) sehingga dikeluarkan panduan menentukan siapa yang layak atau sebaliknya.
Menurutnya, ia berikutan kebimbangan segelintir masyarakat mendapat komplikasi dan kesan yang serius selepas mengambil dos ketiga itu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Mohd Asri mendedahkan terdapat segelintir individu berkongsi mengenai kesan sampingan yang dialami susulan dos ketiga itu kepadanya.
Advertisement
Walaupun secara perbandingan peratus mereka yang mendapat mudarat lebih kecil dibandingkan dengan yang tiada komplikasi, namun setiap keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat ujarnya adalah tanggungjawab kerajaan.
Beliau juga tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang telah mengurangkan COVID 19, namun baginya sekiranya terus hidup dalam penafian, ia suatu perkara yang tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka.
Advertisement
Sebelum ini Mohd Asri ada memuat naik status di laman Instagram miliknya menggesa KKM memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai.
Ia berikutan bapanya yang mengalami gejala muntah serta menjadi sangat lemah selepas menerima dos ketiga vaksin Covid-19 dan kini sudah lebih seminggu di hospital.
Advertisement
Menurut Mohd Asri, ayahnya terkena sekali lagi strok di bahagian yang sensitif di kepala dan puncanya belum jelas.
Beliau turut mempersoalkan adakah komplikasi terhadap ayahnya itu ada kaitan dengan dos penggalak atau sebebaliknya dan hanya pakar yang dapat menjelaskan.
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.