Advertisement

Dos penggalak perlu diberikan selepas tempoh tertentu bagi memastikan imuniti individu yang lengkap vaksinasi kekal pada tahap optimum.

Advertisement

Perkara itu ditegaskan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkata, pemantauan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) mendapati tahap imuniti seseorang terhadap Covid-19 menurun sehingga 20 peratus walaupun selepas menerima dua dos vaksin lengkap.

Advertisement

Advertisement

Beliau berkata, kajian dilakukan di pelbagai negara seperti Israel, United Kingdom dan Chile mendapati terdapat penurunan tahap ‘neutralising antibody’ kepada virus Covid-19 selepas tiga hingga enam bulan menerima dos primer lengkap.

Advertisement

“Bagi penerima vaksin Sinovac, berlaku penurunan imuniti sebanyak 40 peratus selepas tiga hingga lima bulan menerima dos kedua.

Advertisement

“Sehubungan dengan itu, dos penggalak Covid-19 perlu diberikan selepas beberapa tempoh tertentu untuk memastikan imuniti yang diperoleh kekal pada tahap optimum,” katanya dalam kenyataan, hari ini. -Malaysiapost

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.