BERITA TERKINI: Hidup Manusia Kembali Normal Mungkin Dengan Vaksinasi Setiap Tahun

 BERITA TERKINI: Hidup Manusia Kembali Normal Mungkin Dengan Vaksinasi Setiap Tahun
Advertisement

Dunia dipercayai mampu kembali kepada kehidupan normal daripada pandemik COVID-19, dengan syarat adanya vaksinasi secara tahunan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla.

Advertisement

“Saya setuju bahawa dalam setahun, kita akan dapat kembali kepada kehidupan normal.

Advertisement

Advertisement

“Ini tidak bermakna varian ini akan terhapus… Dan senario paling mungkin, vaksinasi tahunan. Namun, kita tidak tahu. Kita perlu menunggu dan melihat data,” lapor Sputnik memetik ABC News.

Advertisement

Beliau berkata, Pfizer akan menyediakan data kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dengan segera, berdasarkan percubaan vaksin syarikat itu dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Advertisement

Percubaan itu dikata telah membuktikan keberkesanan dan keselamatan suntikan vaksin COVID-19 untuk kumpulan umur berkenaan. – BERNAMA

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *