BERITA TERKINI: Empat Lagi Mayat Ditemukan Di Taman Sri Muda

 BERITA TERKINI: Empat Lagi Mayat Ditemukan Di Taman Sri Muda
Advertisement

Empat lagi kematian dicatatkan di kawasan banjir Taman Sri Muda di sini hari ini menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang ditemukan setakat ini adalah 12 terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita setakat 7 malam ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan hari ini berkata identiti empat mangsa itu, masing-masing dua lelaki dan dua wanita belum dikenal pasti.

Advertisement
Advertisement

“Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Baharudin berkata seramai 31 orang ditahan susulan insiden pecah dan ceroboh kedai serbaneka di kawasan Taman Sri Muda, semalam.

Advertisement
Advertisement

Beliau berkata mereka terdiri daripada 10 rakyat Indonesia, tujuh Bangladesh, sembilan Nepal dan lima Myanmar dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“IPD Shah Alam juga meletakkan elemen pencegahan jenayah di semua kawasan yang terjejas banjir dan polis menyeru serta menasihati orang ramai di kawasan yang terjejas banjir agar tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, dua Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) disediakan iaitu PKTK 1 di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dan PKTK 2, Taman Kemuning Utama, Seksyen 33 di sini.

Sumber: BERNAMA

 

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *