BERITA TERKINI: COVID-19 Belum ‘Reda’, China Dilapor Kesan Kes Pertama Strain Baru H10N3 Selsema Burung Pada Manusia

 BERITA TERKINI: COVID-19 Belum ‘Reda’, China Dilapor Kesan Kes Pertama Strain Baru H10N3 Selsema Burung Pada Manusia
Advertisement

Belum pun ‘senyap’ daripada serangan virus Corona yang dikatakan berasal dari Wuhan, kini China mencatatkan kes jangkitan selsema burung pada manusia dengan strain baharu buat kali pertama.

Seorang lelaki berusia 41 tahun di Jiangsu, China disahkan dijangkiti strain selsema burung, lapor Suruhanjaya Kesihatan Nasional China (NHC) hari ini.

Advertisement

Pada awalnya lelaki itu mengalami beberapa gejala atau simptom sebelum dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut pada 28 Mei baru-baru ini.

Hasil siasatan mendapati terdapat strain virus H10N3 yang menjangkiti tubuhnya, namun pihak hospital tidak menjelaskan punca bagaimana dia dijangkiti virus berkenaan.

Advertisement
Advertisement

Sepanjang menerima rawatan, lelaki itu dilapor stabil dan tiada sebarang kesan sampingan berlaku. Akhirnya dia dipercayai sembuh dan dibenarkan keluar dari wad.

Siasatan turut mendapati dia tidak mempunyai sebarang kontak rapat yang berisiko untuk turut dijangkiti, selain tiada lagi kes kedua yang dikesan selepas itu.

Apa itu H10N3?

H10N3 ini adalah sejenis strain virus selsema burung. Strain ini mempunyai ciri-ciri kebolehjangkitan yang rendah (low pathogenic), tidak terlalu teruk dan risiko penyebarannya juga sangat rendah.

Advertisement

Penyelidik di Pusat Pertubuhan Kecemasan Makanan dan Pertanian, Filip Claes menjelaskan, kewujudan virus ini tidaklah seperti virus-virus biasa yang lain.

Malah jelasnya, hanya kira-kira 160 virus berisolasi yang dilaporkan sejak 40 tahun lalu sehingga 2018, kebanyakannya berasal daripada burung-burung liar mahupun unggas air di sekitar Asia dan Amerika Utara.

Dalam masa sama, strain virus ini tidak dikesan pada tubuh ayam setakat ini.

Di China, terdapat banyak strain virus selsema tersebar dan ada sebahagiannya menjangkiti manusia secara sporadik. Difahamkan mereka yang bekerja atau terlibat secara langsung dengan spesies burung mahupun unggas lebih terdedah dengan virus ini.

Bagaimanapun laporan itu menjelaskan, tiada angka yang tepat bagi jangkitan virus selsema burung terhadap manusia setakat ini, selain strain H7N9 yang dilapor pernah membunuh lebih 300 orang pada 2016 – 2017 lalu.

Sumber: REUTERS / WIO News

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *