BERITA TERKINI: Bekas BERSATU Masuk UMNO Tiada Tempat PRU-15

 BERITA TERKINI: Bekas BERSATU Masuk UMNO Tiada Tempat PRU-15
Advertisement

Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang lompat parti dialu-alukan untuk masuk kembali ke dalam UMNO, namun, tiada jaminan untuk mereka bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Advertisement

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana UMNO mempunyai calon tersendiri untuk diketengahkan, sekaligus calon baharu ini akan bertanding di kawasan yang Bersatu ‘rampas’ sebelum ini.

Advertisement

“Kemasukan dialu-alukan, tetapi tempat tidak terjamin, sebab kita ada calon kita.

Advertisement

“Tidak mudah itu kita nak serahkan kerusi itu kepada mereka yang dah lompat sebelum ini,” katanya.

Jelas Tajuddin lagi, beliau yakin bekas ahli UMNO memahami dasar parti, namun tetap mencuba nasib sama ada mereka masih boleh bertanding di kawasan yang sama atau tidak.

Advertisement

“Saya bukan tidak faham, dia (bekas UMNO) nak kekalkan tempat dia. Jadi kalau masuk UMNO balik, mereka fikir UMNO akan bagi balik tempat yang sama untuk mereka bertanding.

Advertisement

“Katak-katak ini takut tidak ada tempat, tidak ada ‘kolam’ lagi. Lagipun kita tidak akan setuju mereka yang lompat untuk mengambil tempat, sebab itu kerusi UMNO.

“UMNO dari segi dasarnya, mana kerusi lompat itu kita nak ambil balik,” ujarnya lagi. -UTUSAN ONLINE

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *