BERITA TERKINI: Amerika Didakwa Buang 15.1 Juta Dos Vaksin Covid-19

 BERITA TERKINI: Amerika Didakwa Buang 15.1 Juta Dos Vaksin Covid-19
Advertisement

Amerika Syarikat (AS) didakwa membuang sekurang-kurang 15.1 juta dos vaksin COVID-19 sejak 1 Mac lalu, menurut laporan NBC News.

Advertisement

Angka itu jauh lebih tinggi daripada jangkaan sebelum ini dan berkemungkinan kurang berbanding jumlah sebenar, kerana ia berdasarkan data yang dilaporkan sendiri oleh farmasi, negeri serta pihak penyedia lain, lapor NBC sambil memetik maklum balas untuk data awam.

Advertisement

Advertisement

Sekurang-kurang tujuh negeri dan sejumlah agensi persekutuan yang utama, tidak termasuk dalam perangkaan itu.

Dos terbabit dibuang atas pelbagai alasan, termasuk bebuli retak, kesilapan dalam mencairkan vaksin, kerosakan fungsi penyejuk beku, dan jumlah dos dalam bebuli melebihi bilangan penerima suntikan pada satu-satu masa selepas dibuka.

Advertisement

Laporan itu muncul ketika sebilangan negara miskin terus bergelut dalam usaha memvaksinasi penduduk mereka susulan kekangan dari segi bekalannya.

AS dilaporkan telah menyuntik kira-kira 440 juta dos membabitkan 52 peratus penduduknya, setakat ini.

Advertisement

Lebih sejuta penduduk AS sudah menerima suntikan dos ketiga berikutan imuniti yang lemah.

Malah, AS dilaporkan merancang untuk menyediakan dos ketiga kepada semua orang selepas tempoh lapan bulan menerima suntikan kedua, bermula akhir bulan ini. – AFP

SUMBER – BH

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *