Bella Dally Akui Jumpa Malam Lailatul Qadar

 Bella Dally Akui Jumpa Malam Lailatul Qadar
Advertisement

Setiap kali bulan Ramadan, pada 10 malam terakhir adalah saat yang ditunggu oleh mereka yang beriman untuk memperbanyakkan ibadah dan mendapatkan pengampunan daripada Allah serta ganjarannya.

Bukan semua orang beruntung dapat bertemu malam Lailatul Qadar tanpa sebarang persiapan, namun pelakon Bella Dally di antara yang bertuah kerana pernah menyaksikan sendiri keindahan Lailatul Qadar sewaktu masa kecil.

Advertisement
Advertisement

Kata Bella, ianya pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan sangat indah apabila mengenangkan kembali. Menurut Bella, perkara itu berlaku ketika dia berada di sekolah rendah.

“Nostalgia Ramadan yang paling tidak akan saya lupa adalah ketika masih di bangku sekolah lagi. Ada suatu masa itu ketika masih kecil, seingat saya masa sekolah rendah.

Advertisement
Advertisement

“Masa itu Subuh baru lepas sahur, suasana masa tu sangat sunyi dan sangat tenang. Apabila keluar rumah, saya nampak banyak bintang bertaburan di langit.

Advertisement

“Sangat indah dan perasaan ketika itu sukar diungkapkan dengan kata-kata. Pada fikiran saya mungkin malam tersebut adalah malam Lailatul Qadar,” katanya.

Berkongsikan ceritanya itu kepada Majalah Nona, Bella turut berharap agar diberi keizinan untuk bertemu lagi malam Lailatul Qadar.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *