TERKINI: AstraZeneca Sasar Jual Vaksin COVID-19 Hujung Tahun Ini

 TERKINI: AstraZeneca Sasar Jual Vaksin COVID-19 Hujung Tahun Ini
Advertisement

Vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh University of Oxford dan AstraZeneca mungkin boleh diperoleh secara global pada harga kos menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Firma AstraZeneca, Pascal Soriot berkata, ia dijual pada harga kos kerana objektifnya adalah untuk menghasilkan vaksin kepada semua orang secara sama rata dan bukannya berasaskan keuntungan.

Advertisement

“Harga kos vaksin mungkin dalam 2.5 euros (RM12) seunit.

“Justeru kami harap dapat menghasilkan vaksin menjelang hujung tahun ini atau mungkin lebih awal,” katanya.

Advertisement
Advertisement

Keputusan percubaan awal fasa 1/2 diterbitkan di dalam The Lancet yang mencadangkan vaksin itu selamat dan memberi tindak balas imun.

Malah kumpulan Johnson &Johnson turut berikrar untuk memberikan vaksin bukan berasaskan keuntungan, begitu juga Pfizer, Merck dan Moderna yang akan menjual pada harga kos saja.

Advertisement

Soriot berkata, peringkat satu dan dua vaksin selesai tanpa sebarang kesan serius dan kini peringkat ketiga pula untuk diuji secara global sebelum dikeluarkan.

“Kami bekerjasama dengan pengawal selia, bertukar data setiap hari untuk membolehkan penilaian yang sangat cepat.

Advertisement

“Kami menjalankan ujian klinikal supaya dapat mempercepatkan masa,”

katanya.

Katanya, pihaknya sudah menghasilkan produk untuk beberapa wilayah dan bersedia menghantar jika percubaan klinikal positif.

Bagi percubaan di Wuhan, China pula, ia membabitkan seramai 500 orang yang menunjukkan rata-rata menghasilkan tindak balas imun.

Sehingga kini lebih 200 vaksin sedang dikembangkan dengan 23 sudah menjalani ujian klinikal dengan sukarelawan manusia.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *