Advertisement

Keadaan cuaca diramalkan menjadi lebih kering dan panas dalam tempoh monsun barat daya yang dijangka akan bermula esok.

Advertisement

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, semasa tempoh itu, bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak berbanding bilangan hari hujan di kebanyakan tempat.

Advertisement

“Oleh itu, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka adalah tidak terkawal.

Advertisement

“Sehubungan itu, orang ramai disaran untuk tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar,” katanya.

Advertisement

Tambah MetMalaysia, penduduk di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak dinasihatkan sentiasa minum air secukupnya serta peka dengan keadaan cuaca.

Advertisement

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ramalan monsun barat daya dijangka bermula 14 Mei sehingga pertengahan September ini.- KOSMO! ONLINE

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.