Advertisement

Varian Omicron mencetuskan beberapa simptom luar biasa susulan penularannya ke seluruh United Kingdom (UK) yang antaranya boleh mengakibatkan kes cirit-birit teruk.

Berbanding jujukan varian terdahulu seperti Delta, dengan gejala amnya lebih mudah dikenali seperti batuk berterusan, demam dan kehilangan rasa dan bau.

Advertisement

Walaupun Omicron lebih sukar dikenal pasti berikutan sebati dengan simptom penyakit bermusim lain seperti selsema atau selsema biasa, varian terbabit juga menimbulkan kebimbangan lain kerana kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Pusat pengendalian dan pencegahan penyakit (CDC) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), kini mengatakan, orang yang menghidap COVID-19 boleh mempunyai ‘pelbagai simptom’ misalnya hidungnya sedikit tersumbat hingga mengakibatkan kesukaran bernafas, dengan kedua-duanya memerlukan rawatan perubatan segera.

Advertisement
Advertisement

Bagaimanapun, rentetan kajian positif menunjukkan Omicron lebih ringan daripada jujukan varian lain, dengan data mendedahkan risiko kemasukan ke hospital adalah 50 hingga 70 peratus lebih rendah daripada varian Delta.

Dos vaksin penggalak COVID-19 melindungi daripada Omicron dan memberikan peluang terbaik untuk mengharungi pandemik, kata pegawai kesihatan, berulang kali.

Kempen Sun’s Jabs Army adalah membantu mendapatkan vaksin tambahan yang penting dalam genggaman British untuk mengelakkan keperluan sebarang sekatan baharu dan melindungi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Advertisement

Menurut CDC, apabila seseorang mengalami cirit ketika pergi ke tandas, ia mungkin membawa petanda dia dijangkiti varian Omicron, walaupun gejala itu banyak dikaitkan dengan jujukan varian COVID-19 yang lain.

Seseorang yang mempunyai sistem imun yang terjejas adalah yang paling mungkin mengalami cirit-birit dan gejala gastrousus lain, lapor NBC Chicago.

Sementara itu, Perubatan John Hopkins menunjukkan kira-kira 20 peratus berkemungkinan mengalami cirit-birit sebagai simptom sejurus selepas dijangkiti virus.

Bagaimanapun, ia bukan satu-satunya simptom dengan tanda-tanda biasa iaitu keletihan, masalah pernafasan, sakit otot dan badan serta sakit kepala atau sakit tekak.

Advertisement

Orang ramai juga sedar cirit-birit bukan hanya gejala yang membawa kemungkinan COVID-19 tetapi juga tanda awal dalam pelbagai keadaan perubatan.

Awal bulan ini, tanda-tanda yang paling biasa bagi simptom Omicron seperti didedahkan selepas penghidap merekodkan gejala dialami dalam Kajian ZOE COVID-19 yang meluas dengan lima simptom teratas ialah mengalami hidung berair, sakit kepala, keletihan, bersin dan sakit tekak.

Bagaimanapun, simptom lain dalam 20 teratas adalah suara serak, badan menggigil, pening, melangkaui waktu makan dan berasa sedih. – AGENSI

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.