AMARAN TERBARU: Varian COVID-19 ‘Lebih Berbahaya’ Dijangka Berlaku

 AMARAN TERBARU: Varian COVID-19 ‘Lebih Berbahaya’ Dijangka Berlaku
Advertisement

Jawatankuasa Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran varian baharu COVID-19 yang ‘lebih berbahaya’ dijangka menular ke seluruh dunia, menjadikan lebih sukar untuk menghentikan wabak itu.

Advertisement

Pengumuman berita buruk itu ketika beberapa negara sedang memerangi gelombang jangkitan baharu menerusi varian Delta yang pertama kali ditemui di India.

Advertisement

‘Pandemik ini hampir tidak selesai’, jawatankuasa itu memberi amaran dalam satu kenyataan semalam, susulan mesyuarat sehari sebelumnya.

Pengerusi jawatankuasa itu, Didier Houssin turut mengakui kepada wartawan bahawa ‘trend terkini membimbangkan’.

Katanya, satu setengah tahun selepas WHO pertama kali mengumumkan menerusi Kecemasan Kesihatan Awam Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) – tahap amaran tertinggi – ‘kita masih mengejar virus ini dan virus itu masih mengejar kita’.

Advertisement

Buat masa ini, empat varian menular di peringkat global terdiri Alpha, Beta, Gamma serta varian terbaru, Delta yang dikesan boleh merebak dengan pantas.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu mengingatkan perkara lebih buruk boleh berlaku pada masa depan, menunjukkan ‘kemungkinan besar untuk munculnya dan penyebaran global varian baharu serta lebih berbahaya dan sukar untuk dikendalikan’.

Advertisement

WHO mengisytiharkannya sebagai varian membimbangkan (VOC) selepas dilihat lebih mudah merebak, berbahaya dan berpotensi tidak memberi kesan selepas menerima perlindungan vaksin.

“Pandemik ini tetap menjadi cabaran di seluruh dunia dengan negara-negara yang memenuhi tuntutan kesihatan, ekonomi dan sosial yang berlainan,” kata jawatankuasa itu.

Advertisement

“Negara-negara dengan akses maju kepada vaksin serta mempunyai sumber sistem kesihatan yang baik berada di bawah tekanan untuk membenarkan masyarakat kembali semula seperti kehidupan asal,” katanya.

Pakar mengatakan, penggunaan pelitup muka, penjarakan fizikal, kebersihan tangan dan pengudaraan ruang dalaman yang lebih baik tetap menjadi kunci untuk mengurangkan jangkitan.

Mereka juga menekankan, perlunya vaksinasi sekurang-kurangnya membabitkan 10 peratus populasi setiap negara menjelang September ini serta pembahagian vaksin antara negara yang kaya dan miskin.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *