Advertisement

Sebanyak 10 negeri di bahagian Semenanjung Malaysia menerima amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 6 petang nanti.

Advertisement

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara negeri terlibat termasuklah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Kedah, kawasan terlibat antaranya Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak meliputi daerah Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.

Advertisement
Advertisement

“Bagi Kelantan pula, ia melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang selain Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu,” katanya menerusi hantaran Facebook di sini tadi.

Kata MetMalaysia, amaran tersebut turut melibatkan keseluruhan kawasan di Melaka serta beberapa kawasan di Johor seperti Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing.

Advertisement

“Dalam pada itu, ribut petir dan hujan lebat juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga pukul 8 malam nanti.

“Antara kawasan terlibat di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang,” jelasnya.

Advertisement

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.