Advertisement

Sejumlah 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac ini melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2 bilion.

Advertisement

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Beliau berkata, BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Advertisement
Advertisement

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443H,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang akan mendapat pembayaran mulai 28 Mac hingga 8 April ini yang dikreditkan terus ke akaun bank.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak), Perdana Menteri memberitahu, mereka akan memperoleh bayaran pada 30 Mac ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar  layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei depan untuk tempoh sebulan.

Advertisement

“Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 melalui pautan  https://bkm.hasil.gov.my

“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited  dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” katanya. – UTUSAN

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *