Advertisement

BAYARAN Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 yang disalurkan mulai hari ini akan memanfaatkan seramai hampir 8.6 juta penerima.

Advertisement

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bayaran BKM Fasa 2 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima akan menerima sehingga RM400.

Beliau berkata, namun dengan bayaran bantuan tunai tambahan sebanyak RM630 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dan dibayar bersekali dengan bayaran BKM Fasa 2, setiap penerima BKM bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Advertisement
Advertisement

“Bayaran ini akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

“Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-100 yang dikeluarkan semalam.

Advertisement

Menurutnya, BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40 dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500 sekeluarga pada tahun 2022.

Advertisement

“Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barangan makanan kebelakangan ini, kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

“Bantuan ini mengambil kira berakhirnya harga kawalan siling untuk ayam pada hujung bulan Jun 2022. Bantuan tersebut bertujuan menyumbang kepada pembiayaan peningkatan harga makanan asas untuk tempoh tiga bulan akan datang,” katanya. – Malaysiapost

 

 

Advertisement

9 thoughts on “TERKINI: Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 Dikreditkan Bermula Hari Ini”
  1. nak tanye sape yg terima bantuan melalui acc bank cimb…katanye dh start bayar 15hb…so yg bank cimb ada yg dh masuk ke BKM nye???

  2. Maaf nak taye ni dan nak bqgi thu ni.. .. Bantuan yang BKC bila nak bagi sebab yang bujang x boleh lg x bagi lg ada lagi RM250 lg… Bila nak bagi?? Hari tu cakap nak bagi tapi x bagi lg yang bujang pahtu bagi yg BKM pulak yang BKC pon x habis bayar lagi.. orng yang perlukan duit nak juga macam orang miskin janji tapi x bagi pn.. baguslah bagi yang BKM pulak tapi ingat yang BKC xbagi habis lagi eh yang bujang…

  3. Nabila Farhana binti Mohd zaki
    Nur Arisa Qaisara
    Nur umairah
    Nurul maisara

  4. PENGUMUMAN!! SETELAH MENELITI DAN MENGKAJI SEDALAM DASAR NEGERI, OLEH ITU SAYA MENGUMUMKAN BAHAWA DALAM SEMINGGU MEMPUNYAI 7 BILANGAN HARI IAITU JUMAAT, SABTU, AHAD, ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS. KEPUTUSAN MESYUARAT ADALAH MUKTAMAD. SESIAPA YANG TIDAK BERSETUJU BOLEH BERAMBUS KE NEGARA LAIN. SEKIAN 😜

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *