Advertisement
Undi tidak percaya terhadap presiden boleh dilakukan dalam mana-mana organisasi, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Advertisement
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tan Sri Noh Omar yang mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh ‘digulingkan’ oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) jika mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahlinya.
Advertisement
Bagaimanapun, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi enggan mengulas lanjut perkara itu.
“Pertama, dia (Noh Omar) sudah dipecat. Kedua, dalam mana-mana organisasi memang ada ruang untuk lakukannya,” katanya ketika meninjau pelaksanaan Menu Siswa Rahmah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.
Advertisement
Terdahulu, Noh berkata undi tidak percaya boleh dibuat menerusi undian antara 25 MKT yang dipilih dan 12 yang dilantik bagi jawatan itu dalam parti tersebut.
Bagaimanapun, Noh mengakui perkara itu sukar dilakukan berdasarkan pengalamannya selama 29 tahun menjadi ahli MKT yang terpilih dalam pemilihan UMNO.
Noh yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor adalah antara yang dipecat oleh UMNO pada Januari lalu.
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *