Advertisement
Tan Sri Muhyiddin Yassin akan sekali lagi dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA), minggu depan.
Advertisement
Pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu adalah berikutan siasatan berkait kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, di sini, hari ini.
Advertisement
Advertisement
“Ya, betul,” katanya ketika ditanya berhubung perkara itu.
Advertisement