Advertisement

Aplikasi perbankan digital Maybank, MAEdan M2U MY kini menghadapi masalah menyebabkan orang ramai sukar mengaksesnya.

Advertisement

”Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan anda,” katanya menerusi media sosial.

Advertisement

Aplikasi MAE dikesan tidak dapat diakses mulai tengah tadi dan ramai pengguna telah membuat aduan menerusi Twitter.

Advertisement
Advertisement

Rata-rata pengguna mendakwa mereka tidak dapat membuat bayaran kod QR MAE untuk makan tengah hari.

Advertisement

Masalah ini tidak melibatkan perbankan internet Maybank2u.

Laman web Maybank2u masih dapat diakses seperti biasa. – MalaysiaGazette

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *