Advertisement

Kerajaan perlu membenarkan pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar dengan syarat-syarat tertentu.

Advertisement

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pengeluaran secara bersasar hanya melibatkan jumlah yang kecil berbanding aset keseluruhan di bawah pengurusan KWSP yang mencecah hampir RM1 trilion.

“Sebelum ini, Kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Advertisement
Advertisement

“Saya berharap KWSP tidak terlalu mementingkan pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang besar semata-mata, sedangkan pencarum pada hari ini hidup merana,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisement

Menurut bekas Perdana Menteri itu, masih ramai rakyat yang terdesak untuk meneruskan kehidupan pada waktu ini.

Meskipun KWSP merupakan simpanan hari tua namun Ismail Sabri berkata, kerajaan wajar memahami kesulitan yang dialami rakyat khususnya yang bergelut dengan hutang.

Advertisement

“Baru-baru ini, Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) telah bertemu saya. Ada di antaranya telah muflis kerana tidak mampu untuk membayar hutang,” tambah Ismail.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mencari alternatif untuk membantu rakyat tanpa perlu membenarkan pengeluaran KWSP. – MalaysiaGazette

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *