Advertisement

 

Advertisement

Seorang pembantu kepada ahli Parlimen DAP dari Sarawak diarahkan keluar dari bangunan Parlimen kerana melanggar etika pemakaian yang telah ditetapkan.

Advertisement

Wanita berkenaan yang tidak didedahkan namanya merupakan pembantu kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen yang juga merupakan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY).

Advertisement

Ketika kejadian Ahli Parlimen tersebut berada dalam Dewan Rakyat.

Pemerhatian pengamal media yang berada di kawasan lobi bangunan mendapati pembantu berkenaan memakai sut dengan skirt paras lutut terbelah sehingga paras paha.

Advertisement

Seorang lelaki yang merupakan Ketua Keselamatan Parlimen meminta wanita tersebut meninggalkan bangunan dengan nada yang tegas.

Bagaimanapun, tiada rakaman gambar wanita berkenaan dapat dilakukan akibat pergerakan petugas media yang terhad di Parlimen.

Advertisement

Wanita itu akur dengan arahan tersebut kemudian beredar keluar daripada bangunan Parlimen.

Berdasarkan etika pemakaian pelawat Parlimen, wanita yang memakai skirt perlu labuh atau di bawah paras lutut.-MalaysiaGazette

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *