



LIPUTAN MALAYSIA KINI
Bermula hari ini, pelekat lesen kenderaan bermotor atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan milik persendirian milik rakyat Malaysia.
Dalam satu kenyataan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak akan lagi dikuatkasakan.
Loke berkata perubahan itu akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal.

Pengumuman itu adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian
“Saya mengalu-alukan semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk beralih ke platform digital.
“Dengan pendigitalan, keadaan sesak dan beratur panjang di kaunter JPJ akan berkurangan dan ini akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan keselesaan rakyat,” katanya.
Rasa dihapuskn terus roadtax lgi x mmbebankn,,hanya insuran yg diteruskn