Advertisement

Seruan agar orang ramai tidak mengunjungi restoran dan kedai makan yang menawarkan harga makanan dan minuman yang tinggi, seperti yang disuarakan Menteri Ekonomi Rafizi Ramil, adalah tidak bertanggungjawab, kata bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.

Advertisement

Ismail berkata kerajaan sepatutnya berusaha untuk membantu pemilik restoran dan kedai makan mendapatkan bahan mentah dengan harga yang lebih murah.

Advertisement

“Saya lihat laporan media menyatakan kalau harga makanan meningkat, boikot kedai makan. Kalau harga bahan mentah meningkat, ayam dan sayur mahal, ikan mahal, pastinya peniaga restoran perlu naikkan harga.

Advertisement

“Kalau kita boikot peniaga, ia tak membantu mereka.

“Kerajaan (sebaliknya) perlu pastikan harga bahan mentah dapat diturunkan untuk bantu peniaga jual makanan dengan lebih murah dan rakyat dapat harga makanan yang lebih murah,” katanya ketika ditemui di rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA, hari ini.

Advertisement

Untuk rekod, Rafizi membuat seruan itu dengan mengambil kira harga bahan mentah yang menurutnya telah menurun di pasaran.

Advertisement

Menurut Bernama, Rafizi berkata setakat ini harga barang sudah menunjukkan perununan kecuali harga makanan di restoran dan kedai makan.

Justeru, katanya, pengguna perlu menjadi lebih proaktif terhadap perubahan harga barangan dan mengelak restoran dan kedai makan yang masih menawarkan harga makanan dan minuman yang tinggi.

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *