Advertisement
Bank Islam Malaysia Bhd menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) meningkat sebanyak 50 mata asas pada suku pertama 2023.
Ketua Ahli Ekonominya, ak  berkata, kenaikan tersebut diunjurkan berlaku esok (Khamis) dengan 25 mata asas, sementara 25 mata asas lagi pada bulan Mac.
Ia menjadikan kadar terminal baharu adalah pada 3.25 peratus.
“Kami menjangkakan OPR meningkat sehingga 25 mata asas esok dan mungkin satu lagi pada bulan Mac, menjadikan OPR pada kadar 3.25 sekurang-kurangnya pada suku pertama tahun ini.
“Seperti saya katakan, Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin akan menilai semula keadaan ini kerana kelemahan global khususnya melibatkan kawasan Eropah. Ini kerana agak tidak selesa untuk ekonomi besar seperti itu, tidak berubah untuk 2023,” katanya hari ini.
Advertisement
Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat Tinjauan Ekonomi 2023: Apabila Harga Kukuh di sebuah hotel di ibu negara, pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan mengekalkan OPR pada kadar rendah terlalu lama boleh menimbulkan ketidakseimbangan makroekonomi di tengah-tengah aktiviti pengambilan risiko yang berlebihan.
Bagaimanapun, Firdous menambah, Bank Islam meramalkan OPR kekal tidak berubah sepanjang suku kedua 2023 tanpa risiko di peringkat global.
Advertisement
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM dijangka menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi dalam mesyuarat yang berlangsung pada 18 dan 19 Januari ini.
Kenaikan itu akan menyaksikan OPR mencecah paras 3.00 peratus yang menjadikannya ke tahap sebelum pandemik.
Dalam pada itu, jelas Firdaos, Ringgit dijangka mengakhiri tahun 2023 pada RM4.28 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kitaran kadar faedah AS yang semakin reda.
Advertisement
“Pertumbuhan global yang menyederhana mungkin menjejaskan trajektori pemulihan Ringgit.
“Walau bagaimanapun, kami yakin bahawa pertumbuhan domestik yang berdaya tahan dan pembukaan semula ekonomi China yang lebih intensif boleh menyokong nilai mata wang tempatan,” ujar beliau.
Selain itu, Firdaos berkata, Bank Islam meramalkan inflasi utama turun kepada purata 3.0 peratus pada tahun ini, di bawah andaian bahawa kerajaan mengekalkan subsidi semasa bahan api.
Bank Islam juga, kata beliau, menjangkakan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat sebanyak 0.42 peratus di atas garis dasar bagi setiap kenaikan 10 sen dalam RON95.
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *