Advertisement

MCA berkata, parti itu telah dimaklumkan oleh pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) bahawa parti komponen tersebut patut bersama Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

Advertisement

Ia berdasarkan kepada keputusan yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) iaitu ‘No DAP & No Anwar’.

Situasi itu turut berlaku kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan laporan berita juga banyak menyiarkan sokongan GPS pada PN selepas mereka diberitahu BN bersetuju menyokong PN, kata Timbalan Presiden MCA, Mah Hang Soon dalam satu kenyataan.

Advertisement
Advertisement

Namun, beliau tidak menamakan pemimpin kanan BN yang dimaksudkannya itu.

Advertisement

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab dakwaan bahawa MCA menyokong PN-Pas.

Tambahnya, mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang pertama kali diadakan selepas PRU15 pula memutuskan BN berkecuali dan kekal sebagai pembangkang.

“Dalam mesyuarat itu, Presiden MCA telah mencadangkan kepada mana-mana pihak yang telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong mana-mana pihak hendaklah menarik balik serta-merta.

“Ekoran daripada itu, BN telah mengarahkan semua Ahli Parlimen BN supaya menarik balik SD sokongan tersebut,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *