Advertisement

Buat julung kali pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (15), pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hari ini bertemu dipercayai bagi merungkai kemelut politik negara yang berlarutan sejak beberapa hari lalu.

Advertisement

Pertemuan di Hotel St Regis, di sini itu bermula petang ini dipercayai bagi membincangkan kerjasama bagi membentuk kerajaan Persekutuan sekali gus memilih Perdana Menteri ke-10.

Ia dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden UMNO yang tiba pada jam 2.57 petang.

Advertisement

Ketika ditanya media mengenai mesyuarat apa yang akan dihadirinya, beliau hanya berkata, “Tak tahu lagi.”

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *