Advertisement

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa semua 30 ahli parlimen parti itu mesti mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Advertisement

Memberitahu hal itu kepada Malaysiakini, Ahmad Zahid berkata dia bersama dua lagi pemimpin tertinggi gabungan berkenaan menerima titah tersebut semasa menghadap Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pagi tadi.

Ditanya mengenai sikap berkecuali BN seperti yang dinyatakan beberapa pemimpin parti itu, Ahmad Zahid menjawab: “Tak ada, tak ada… Bukan itu titah tuanku,” katanya.

Advertisement
Advertisement

“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” jelasnya lagi.

Selain Ahmad Zahid, turut menghadap Agong ialah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir. Mereka menghadap kira-kira jam 10.30 pagi.

Advertisement

Agong semalam menitahkan agar semua 30 ahli parlimen BN untuk hadir di Istana Negara pagi ini untuk ditemu bual secara langsung dalam usaha baginda melantik perdana menteri baru Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid, sesi itu digantikan dengan pertemuan mereka bertiga saja yang menghadap Agong.

Advertisement

Susulan titah Agong pagi tadi, Ahmad Zahid berkata, titah tersebut akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan kemudiannya Dewan Tertinggi BN.

Berdasarkan surat yang dikeluarkan ibu pejabat parti, mesyuarat MKT Umno dijadual berlangsung pada jam 8 malam ini, diikuti pertemuan Dewan Tertinggi BN.

[Baca berita penuh]

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *