Advertisement

Pimpinan Perikatan Nasional (PN) didakwa menawarkan jawatan Perdana Menteri sekali lagi kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika bekerjasama dengan gabungan itu membentuk kerajaan baharu, kata Datuk Lokman Noor Adam.

Advertisement

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu mendakwa, jika Ismail Sabri kembali menerajui negara, Ahli Parlimen Bera itu berpeluang cerah untuk menjadi Presiden Umno.

“Namun, janganlah Datuk Seri (Ismail Sabri) lupa. Bila Datuk Seri menerima tawaran yang sama dari orang yang sama dulu, banyak perkara yang telah Datuk Seri korbankan.

Advertisement
Advertisement

“Datuk Seri tidak boleh memerintah mengikut acuan sendiri dan terpaksa mengikut syarat-syarat yang sangat ketat termasuk tidak boleh menukar Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang mengakibatkan akhirnya Mantan Presiden Umno dipenjara dan Presiden pula menyusul,” katanya dalam hantaran Facebook.

Lokman juga mendakwa, keputusan bergabung dengan parti-parti Melayu yang mahu menggantikan Umno hanya akan melemahkan peranan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri jika ia berlaku.

Advertisement

“Dalam pilihanraya akan datang, Umno hanya berhak untuk bertanding di 26 kerusi yang Umno menang dan mungkin beberapa kerusi lagi yang gagal juga dimenangi oleh PAS dan Bersatu.

“Namun sudah pasti, Umno hilang peluang untuk bertanding di 73 kerusi yang Bersatu dan PAS tandingi,” katanya.

Dakwanya lagi, sebaliknya jika Umno bergabung dengan Pakatan Harapan (PH), Umno mampu memenangi semua kerusi yang bakal ditandingi pada pilihan raya selepas ini.

Lokman Adam mendakwa, ini kerana sasaran PH hanyalah di kawasan majoriti Cina, India dan kawasan Melayu bandar.

“Saya rayu Datuk Seri letak kepentingan parti dihadapan dan merayu agar Datuk Seri menyokong keputusan Presiden untuk kita menjalinkan kerjasama dengan PH dan bukan dengan naga yang menunggu masa untuk menelan kita,” katanya. – Malaysiapost

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *