Advertisement
Perbincangan untuk Perikatan Nasional (PN) bergabung dengan mana-mana parti politik bagi membentuk kerajaan masih belum dibuat setakat ini.
Menurut Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, fokus utama ketika ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak kerusi untuk membentuk kerajaan.
“Sebab itu kita bertanding 171 kerusi atas tiket PN, dengan harapan kita mendapat sokongan yang wajar, sekurang-kurangnya 112 kerusi.
Advertisement
“Jadi, tidak timbul soal nak membentuk kerajaan dengan gabungan lain,” katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Terdahulu, Azmin hadir bersama isteri Datin Seri Shamshida Taharin di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate untuk membuang undi pada 8.30 pagi.
Advertisement
Ketika ditemui pemberita, beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu rela menjadi pembangkang daripada bergabung dengan Barisan Nasional (BN).
Mohamed Azmin berkata, perkara itu bergantung kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), hari ini.
Advertisement
“Itu terpulang kepada keputusan hari ini dan kita akan bincang apakah langkah seterusnya, sekarang kita nak fokus mendapatkan kerusi yang secukupnya,” ujarnya.
Abdul Hadi sebelum ini berkata, Pas tidak sekali-kali akan bergabung dengan BN yang dianggap masih `keruh’, selain masih mengekalkan pemimpin yang mempunyai kes mahkamah.

Advertisement

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *