Kerajaan menambah pemberian Bantuan Keluarga Malaysia pada tahun hadapan berjumlah RM2,500 kepada isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemberian bantuan BKM keseluruhannya akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima melibatkan peruntukan RM7.8 bilion.
“Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian tunai langsung, pelaksanaan BKM akan terus ditambah baik.
“Ini ialah kategori baharu sebagai usaha kerajaan meringankan beban keluarga yang menyara ramai anak,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.
Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
AKAN MENYUSUL