Advertisement

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 dan bayaran rayuan akan mula dikreditkan ke akaun penerima pada 20 September ini secara berperingkat.

Advertisement

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran keseluruhan berjumlah RM2.2 bilion bakal memanfaatkan 8.7 juta penerima sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta bagi yang telah lulus Rayuan BKM.

Advertisement

Advertisement

Menurut beliau, BKM Fasa 3 akan menerima RM900.

“Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori
kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisement

Ismail Sabri berkata, bayaran Fasa 3 BKM dan Rayuan dijangka berakhir pada 29 September.

Sebagai rekod, sehingga bulan ini, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan.

Advertisement

Dalam masa yang sama beliau berkata, bayaran Fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion pula akan disalurkan yang layak pada Disember tahun ini.

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.- MalaysiaGazette

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *