Advertisement

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global, amaran tahap tertingginya.

Advertisement

“Saya sudah memutuskan bahawa penularan cacar monyet global melambangkan darurat kesihatan global yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa,” umum Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

“Ketika itu, 3,040 kes cacar monyet dilaporkan kepada WHO dari 47 negara,” tulisnya dalam catatan di Twitter.

Advertisement

“Sejak itu,penularan terbabit sudah merebak dan kini terdapat lebih 16,000 kes dilaporkan dari 75 negara serta wilayah dan lima kematian.”

Advertisement

Pada 23 Jun lalu, WHO menubuhkan sebuah jawatankuasa kecemasan (EC) yang terdiri daripada pakar bagi memutuskan sama ada cacar monyet menunjukkan ciri-ciri yang boleh menggolongkannya sebagai darurat kesihatan global yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa atau PHEIC iaitu tahap amaran tertinggi agensi kesihatan PBB itu.

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *