Advertisement

Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) memberi amaran bahawa bekalan makanan dunia dijangka menjadi semakin sukar didapati tahun depan, salah satunya berpunca daripada konflik Rusia-Ukraine yang sedang berlangsung ketika ini.

David Beasley berkata, dunia ketika ini memiliki ‘pakej konflik yang sempurna’, perubahan cuaca dan keadaan ekonomi yang suram selepas dibelenggu pandemik Covid-19 selama dua tahun, ketika ditemuramah media Jepun, NHK.

Advertisement

Beliau turut merujuk kepada Ukraine, yang dianggap sebagai salah satu pembekal utama makanan global, kini sudahpun berhenti berbuat demikian. Masalah tersebut bersama beberapa masalah lain antaranya peningkatan harga bahan api dan baja, menjadikan situasi sekarang umpama ‘pembentukan ribut yang sempurna di dalam ribut yang sudah sempurna’.

Advertisement

”Kita berdepan dengan masalah harga makanan yang sudahpun memberikan kesan ketara kepada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan. Tahun depan, disebabkan kemarau dan juga krisis baja, bekalan makanan mungkin semakin sukar untuk didapati,” katanya.

Advertisement

WFP juga menjangkakan bahawa sekitar 345 juta orang dijangka terkesan dengan masalah ini atau dalam risiko tinggi untuk terkesan sekurang-kurangnya di 82 negara.

Advertisement

Beasley juga berkata, kegagalan untuk membuka semula pelabuhan Odesa di Ukraine juga boleh dianggap sebagai satu pengisytiharan perang kepada bekalan makanan global.

Ketika ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Turki, Ukraine dan Rusia sedang berunding berkenaan pembukaan semula pelabuhan berkenaan. Ia sekaligus akan membenarkan semula pengeksportan bekalan makanan dari Ukraine yang sangat diperlukan dunia ketika ini.

Advertisement

Selain itu, setakat ini sebanyak 26 negara juga telah mengeluarkan perintah larangan pengeksportan bekalan makanan.

”Jika rantaian bekalan makanan terganggu akibat suasana panik dalam pasaran, maka orang ramai mungkin tidak dapat bekalan makanan yang secukupnya,” ujar Beasley lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa, sekiranya bekalan makanan dunia terganggu, ia bukan sahaja memberi kesan kepada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan, malah turut akan menyukarkan semua pihak.

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *