Advertisement

Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dikatakan menyentuh tentang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Advertisement

Menurut sumber di Putrajaya, ia dipercayai merujuk kepada persiapan kerajaan untuk mengadakan PRU15 memandangkan tempoh penggal PRU14 hanya tinggal sekitar setahun lagi.

“Ya, mesyuarat Kabinet hari ini ada menyentuh pasal PRU15.

Advertisement

“Namun, ia tidak spesifik kepada bila PRU15 hendak diadakan ataupun menyentuh soal pembubaran Parlimen,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini.

Advertisement

Malaysiapost sedang berusaha mendapatkan maklumat lengkap mengenai mesyuarat Kabinet hari ini.

Sebelum ini, Umno mendesak supaya PRU15 diadakan segera boleh membolehkan kerajaan yang kukuh dapat dibentuk dengan mandat baharu kerajaan.

Desakan Umno supaya PRU15 disegerakan mendapat kecaman parti pembangkang yang mahukan PRU diadakan sehingga tamat penggal.

Perikatan Nasional (PN) yang merupakan gabungan dalam kerajaan juga turut membantah PRU15 diadakan dalam masa terdekat selain mahu Perdana Menteri berbincang terlebih dulu berhubung soal pembubaran Parlimen.

Advertisement

Bagaimanapun minggu lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersetuju jika kerajaan ingin mengadakan PRU15 dengan segera.

Sementara itu sumber berkata, mesyuarat Kabinet juga hari ini turut membincangkan isu-isu semasa yang terkait dengan kepentingan rakyat.

Advertisement

“Antara isu yang dibincangkan di Kabinet hari ini adalah Belanjawan 2023 dan soal kenaikan harga barangan yang perlu ditangani segera.

Malaysiapost juga difahamkan persiapan untuk menghadapi PRU15 dipercayai semakin rancak apabila guru-guru yang terpilih untuk bertugas pada PRU nanti telah menjalani kursus yang diadakan.

Difahamkan guru di beberapa buah sekolah di ibu negara telah pun selesai menjalani kursus berkenaan.- Malaysiapost

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *