Advertisement

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan gerakan untuk meminta secara baik Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan itu sudah dibincang pada Mei 2020.

Advertisement

Katanya, gerakan itu diketuai Datuk Seri Mohamad Hasan dan turut disertai Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu.

Sambil menunjukkan bukti bergambar dalam sidang media di Eastin Hotel, di sini hari ini, beliau berkata gerakan itu dibuat dalam mesyuarat pemimpin parti di rumahnya di Bukit Damansara.

Advertisement
Advertisement

Beliau menjelaskan, perbincangan berkenaan dibuat bagi menyatakan kebimbangan kes-kes mahkamah yang membelenggu Presiden sekali gus boleh menjejaskan imej Umno seterusnya liabiliti untuk parti terbesar berkenaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Tok Mat (Mohamad) dan Bossku (Najib) dan lain-lain yang saya sebutkan tadi kita nak buat satu memorandum. Ia pada Mei 2020 dan perhimpunan itu dibuat di rumah saya.

Advertisement

“Kita nak minta dia turun secara baik. Kita tak naklah tendang-tendang. Minta kita buat tinjauan ketua-ketua bahagian.

“Berapa ketua bahagian yang setuju? Saya ingat 130 ketua bahagian. Perak 18 ketua bahagian. Selangor 17 ke apa,” katanya.

Beliau berkata, sebenarnya Ahmad Zahid sudah lama dianggap tidak layak sebagai presiden Umno dan kesimpulannya lebih baik mengundurkan diri.

Advertisement

 

Ditanya adakah beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan pendedahannya, Tajuddin berkata dia bekas tahanan Akta Rahsia Rasmi (ISA) dan memberikan perumpamaan ‘kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

 

Tajuddin menunjukkan gambar mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno di kediamannya ketika sidang media mengenai pemecatan beliau daripada MKT UMNO, di Eastin Hotel Petaling Jaya. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Tajuddin menunjukkan gambar mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno di kediamannya ketika sidang media mengenai pemecatan beliau daripada MKT UMNO, di Eastin Hotel Petaling Jaya. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *