Advertisement

Ketua Mahkamah Perlembagaan, Anwar Usman secara rasmi menjadi adik ipar Presiden Indonesia, Joko Widodo selepas melangsungkan pernikahan dengan Idayati.

 

Advertisement


 

Lapor CNN Indonesia, majlis perkahwinan mengikut adat Jawa itu berlangsung di Graha Saba Buana, Solo, Jawa Tengah, hari ini.

 

Pernikahan bermula dengan proses pasrah tampi apabila keluarga pihak lelaki menyerahkan Anwar kepada keluarga Idayati.

Advertisement

 

Selepas itu, akad nikah dijalankan dengan Jokowi menjadi wali kepada pengantin perempuan.

Advertisement

 

Pihak keluarga menyediakan mas kahwin kelengkapan alat solat dan sebuah jam tangan yang dibayar secara tunai.

 

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *